ISLAM SEBAGAI
KURNIAAN ALLAH YANG TERBESAR
Saudara-saudara seiman yang berbahagia!
Setiap Muslim nescaya meyakini sepenuhnya bahawa kurniaan Allah yang terbesar di dunia ini adalah agama Islam. Seorang
Muslim akan senantiasa
bersyukur
kepada Allah, yang telah memasukkannya ke dalam kelompok ummat Muhammad Rasulullah SAW, dan yang telah memberikan kepadanya kurniaan Islam. Allah sendiri telah menyatakan Islam
sebagai kurniaanNya yang terbesar yang diberikanNya kepada hamba-hambaNya, sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur'an:
حُرِّمَتۡ عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَيۡتَةُ
وَٱلدَّمُ وَلَحۡمُ ٱلۡخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيۡرِ ٱللَّهِ بِهِۦ وَٱلۡمُنۡخَنِقَةُ
وَٱلۡمَوۡقُوذَةُ وَٱلۡمُتَرَدِّيَةُ وَٱلنَّطِيحَةُ وَمَآ أَكَلَ ٱلسَّبُعُ
إِلَّا مَا ذَكَّيۡتُمۡ وَمَا ذُبِحَ عَلَى ٱلنُّصُبِ وَأَن تَسۡتَقۡسِمُواْ بِٱلۡأَزۡلَٰمِۚ
ذَٰلِكُمۡ فِسۡقٌۗ ٱلۡيَوۡمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمۡ فَلَا
تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِۚ ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ
عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ فِي
مَخۡمَصَةٍ غَيۡرَ مُتَجَانِفٖ لِّإِثۡمٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٣
"... Pada
hari
ini,
telah
Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan
telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu agama bagimu...".
(Surah Al-Maidah: Ayat 3).
KEWAJIBAN KITA ATAS KURNIAAN YANG KITA TERIMA
Adalah merupakan kewajiban
bagi kita untuk melaksanakan kewajipan terhadap Allah, kerana nikmat yang telah diberikanNya kepada kita. Seseorang yang tidak melaksanakan kewajipannya
kepada orang
lain yang telah memberikan
sesuatu
yang
sangat berharga baginya, ia adalah seorang yang tidak tahu berterima kasih. Dan manusia yang tidak melaksanakan kewajipannya kepada Tuhan adalah manusia yang paling tidak tahu
berterima kasih.
Sekarang,
mungkin
anda akan bertanya: Apakah kewajipan yang harus kita laksanakan kepada Allah yang telah memberikan kurnianya kepada kita? Jawabnya adalah bahawa kerana Allah telah memasukkan kita
ke dalam
kelompok
ummat Muhammad
SAW,
maka
bukti terima kasih yang paling baik yang dapat kita persembahkan kepada Allah atas kurniaNya
yang besar itu, adalah dengan cara menunjukkan sikap sebagai pengikut-pengikut Rasulullah SAW yang tulus dan
setia.
Kerana Allah
telah memasukkan kita
ke
dalam
kelompok
masyarakat Muslim, maka satu-satunya cara
untuk memperlihatkan
rasa
terima kasih kita kepadaNya
adalah dengan menjadi orang Muslim yang benar. Tidak ada cara lain bagi kita untuk menyatakan terima kasih kepada Allah atas kurniaanNya
yang sangat besar itu. Bila kita tidak menyatakan rasa syukur kita dengan cara demikian, maka hukuman atas sikap kita yang tidak
tahu
berterima kasih itu,
akan
sebanding besarnya dengan kurniaan yang diberikanNya kepada kita. Semoga Allah menghindarkan diri
kita dari hukuman demikian itu! Amin.
LANGKAH PERTAMA UNTUK MENJADI MUSLIM
Selanjutnya, anda mungkin akan bertanya: Bagaimana seseorang boleh menjadi seorang Muslim dalam erti yang sebenarnya? Jawab dari pertanyaan ini memerlukan penjelasan
sewajarnya dan saya akan menjelaskan penjelasan itu dalam khutbah-khutbah saya pada hari- hari Juma'at yang akan datang. Sedangkan untuk khutbah kali ini, saya akan menerangkan
masalah yang sangat penting,
yang dapat dianggap sebagai langkah yang paling awal dalam tindakan untuk menjadi seorang Muslim.
APAKAH
MUSLIM ITU NAMA SUATU KELOMPOK BANGSA MANUSIA?
Marilah kita fikirkan apa sebenarnya arti kata Muslim yang kita pakai setiap waktu itu, dengan memikirkan
pertanyaan-pertanyaan
berikut. Apakah seseorang
sudah
membawa
Islam pada waktu ia dilahirkan?
Apakah seseorang disebut Muslim kerana ibubapanya atau datuknya adalah
Muslim? Apakah seorang Muslim
terlahir
begitu sahaja
sebagai seorang Muslim, sebagaimana halnya seorang bangsawan lahir sebagai bangsawan, atau seorang anak dari kasta Brahman lahir sebagai seorang Brahman, atau seorang anak Sudra lahir sebagai seorang Sudra? Atau, apakah Muslim itu nama suatu bangsa seperti Inggeris? Dan apakah seorang
Muslim
disebut
Muslim
kerana
ia lahir di
tengah masyarakat
Muslim, seperti Seorang Inggeris
disebut Inggeris kerana
lahir
di
tengah-lengah masyarakat Inggeris? Bagaimana
jawapan anda terhadap
pertanyaan-pertanyaan di atas ini? Saya kira— bahkan saya yakin — anda akan menjawab: "Tidak. Seseorang
tidak boleh disebut Muslim kerana alasan-alasan yang
tersebut
di atas.
Seseorang tidak disebut
seorang Muslim kerana ia tergolong dalam suatu kelompok bangsa tertentu. Tetapi seseorang dikatakan Muslim apabila ia
menerima Islam
sebagai agamanya.
Kalau ia
melepaskan
agama Islam, maka secara otomatis
ia berhenti menjadi Muslim. Seorang yang
beragama Hindu, atau
seorang bangsawan, atau seorang Inggeris akan termasuk dalam kelompok masyarakat Muslim kalau
ia menerima
Islam sebagai
agamanya.
Sebaliknya,
seorang yang lahir di
tengah-tengah keluarga
Muslim
akan
dikeluarkan dari
masyarakat Muslim
kalau
ia melepaskan Islam sebagai agamanya, walaupun ia anak seorang 'alim atau anak seorang Pathan".
Itulah, saudara-saudara! Saya yakin, itulah jawapan yang akan anda berikan, atau yang anda setujui, bagi pertanyaan-pertanyaan
tersebut
di atas. Dari jawapan tersebut kita dapat
menyimpulkan bahawa anugerah Allah yang
terbesar, yakni sebutan sebagai seorang Muslim, yang anda nikmati itu, bukanlah suatu harta kepunyaan bangsa atau kesukuan yang langsung
anda warisi dari orang tua anda dan terus melekat pada diri anda selama hidup, baik anda sedari atau tidak, tetapi ia adalah suatu harta yang harus anda peroleh dengan usaha. Kalau anda melakukan usaha untuk memperolehnya,
maka anda akan memperolehnya;
sebaliknya
bila anda
tidak
memperdulikannya, walaupun anda
sudah memperolehnya, maka ia
akan dicabut dari anda. Na'udzu billah min dzalik.
ARTI MENERIMA ISLAM
Marilah
kita teruskan perbincangan
kita. Tadi telah dikatakan bahawa seseorang
dapat
menjadi seorang Muslim apabila ia menerima Islam sebagai agamanya. Masalahnya adalah, apa ertinya
menerima Islam itu? Apakah ini bererti bahawa
siapapun yang mengucapkan "Saya
adalah seorang Muslim atau saya
telah menerima
Islam" secara otomatis menjadi seorang Muslim? Apakah ini
bererti seperti seorang penganut Brahman yang mengucapkan mantra-mantra
berbahasa Sanskrit, atau seperti seseorang yang mengucapkan ungkapan- ungkapan berbahasa 'Arab, walaupun tidak memahami makna yang
terkandung dalam ucapan
mereka, layak disebut seorang Muslim? Sekarang tentu anda dapat menjawab pertanyaan di atas. Pasti
anda menjawab:
"Tidak". Anda pasti
akan mengatakan
bahawa
erti
menerima Islam adalah bahawa seseorang wajib dengan
penuh kesedaran dan kesengajaan
menerima apa yang telah diajarkan
oleh
Rasulullah Muhammad SAW, dan bertindak
sesuai
dengan ajaran tersebut.
Barangsiapa
yang berbuat demikian,
maka ia adalah
seorang Muslim,
dan barangsiapa yang tidak berbuat demikian, ia bukanlah seorang Muslim.
SYARAT PERTAMA: PENGETAHUAN (ILMU)
Dari
jawapan
di atas, kita
dapat menyimpulkan
bahawa
pertama-tama, Islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktikkan pengetahuan tersebut. Seseorang dapat menjadi Brahman
tanpa memiliki pengetahuan,
kerana ia lahir sebagai Brahman
dan akan
terus
hidup sebagai Brahman. Demikian pula
seseorang yang
lahir dari
orang tua berdarah bangsawan akan menjadi bangsawan pula, walaupun ia
tidak memiliki pengetahuan apapun
kerana ia lahir sebagai bangsawan
maka ia akan tetap disebut seorang bangsawan
sampai akhir hayatnya. Tetapi, seseorang tidak
dapat menjadi seorang Muslim tanpa memiliki pengetahuan, kerana Islam tidak diperoleh kerana faktor
keturunan, tetapi kerana pengetahuan. Kalau orang yang bersangkutan tidak mengetahui apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, bagaimana
ia boleh
mendakwa beriman
kepada ajaran tersebut dan mempraktikkannya?
Dan
bila ia menyatakan keimanannya tanpa kesedaran
dan tanpa pengertian mengenai ajaran tersebut, bagaimana ia dapat menjadi seorang Muslim? Adalah
tidak mungkin untuk menjadi seorang Muslim dan hidup sebagai seorang Muslim tanpa tahu apa-apa.
Seseorang
yang
dilahirkan
di tengah-tengah
keluarga
Muslim,
mempunyai nama
seperti seorang Muslim, berpakaian seperti seorang Muslim, dan menyatakan dirinya sebagai
seorang Muslim,
sebenarnya dia
bukanlah seorang Muslim. Kerana seorang Muslim yang sebenarnya hanyalah seorang yang tahu apa makna Islam yang sebenarnya dan menyatakan keimanannya
kepada
Islam
dengan
penuh
kesedaran. Perbedaan
yang sebenarnya antara
seorang kafir dengan seorang Muslim bukanlah perbedaan dalam nama. Nama Joni tidaklah bererti bahawa pemiliknya adalah seorang kafir dan
nama 'Abdullah pula
pemiliknya adalah seorang Muslim. Demikian pula orang yang memakai celana jeans tidak bererti dia seorang kafir, dan yang memakai sarung pula seorang Muslim. Tidak, tidak demikian. Perbedaan yang sebenarnya antara seorang kafir dengan seorang Muslim adalah dalam hal
pengetahuan.
Seseorang adalah kafir kerana ia
tidak tahu bagaimana hubungan dirinya dengan Tuhan dan hubungan Tuhan dengan dirinya, dan tidak tahu cara hidup yang mana yang harus dijalaninya
di dunia ini, yang sesuai dengan kehendak Tuhan. Apabila seorang anak dari orang tua yang Muslim tidak mempunyai pengetahuan mengenai hal ini, maka apa
alasannya bagi kita untuk menganggap dirinya sebagai seorang Muslim?
Saudara-saudara!
Saya minta anda semua meneliti baik-baik apa yang sedang saya huraikan dengan penuh
tekanan ini, dan memikirkannya
dengan
tenang tanpa
emosi.
Anda
semua harus mengerti benar-benar bahawa memperoleh atau kehilangan kurniaan
Allah yang terbesar yang anda syukuri itu,
adalah tergantung seluruhnya pada pengetahuan. Bila anda tidak punya pengetahuan untuk itu, anda sama-sekali tidak akan dapat memperoleh kurniaan itu. Bahkan kalau anda mempunyai sebahagian kecil saja dari anugerah itu, maka kerana kejahilan anda, anda akan
selalu
terancam bahaya
kehilangan
milik
anda
itu.
Orang yang layak
memiliki anugerah yang besar itu, kerana kebodohannya,
mungkin
akan mengira bahawa
dirinya
adalah seorang Muslim, padahal sebenarnya ia
bukanlah seorang Muslim.
Perumpamaan
orang yang sama sekali tidak tahu perbedaan antara Islam dengan kufr serta perbedaan antara Islam dengan syirk adalah 'ibarat seseorang yang sedang berjalan pada sebuah jalur jalan yang gelap. Kemungkinan
besar ketika ia sedang mengikuti
sebuah jalur yang lurus, langkahnya menyeleweng ke arah yang lain dan ia tidak sedar bahawa ia telah menyeleweng dari arah yang lurus yang harus ditempuhnya. Dan besar kemungkinannya,
di tengah jalan ia
akan bertemu dengan
seorang dajjal
yang
akan
mengatakan
kepadanya: "Hai Nak!
Kamu
telah
tersesat
dalam
kegelapan. Mari,
kupimpin
engkau kepada tujuanmu". Pejalan yang malang itu, kerana gelap tidak dapat melihat dengan matanya sendiri
mana
arah yang lurus. Lantaran itu,
tanpa curiga
apa-apa,
ia akan segera
menyambar tangan si dajjal dan terus
berpegang kepadanya, dan si dajjal akan membawanya ke jalan yang sesat. Bahaya
ini mungkin
sekali
akan menimpa
pejalan tersebut, kerana
ia sendiri tidak memiliki obor apa pun dan kerananya
ia tidak dapat melihat rambu-rambu
di sepanjang
jalan yang ditempuhnya.
Apabila ia mempunyai
obor, tentulah ia tidak akan tersesat
atau disesatkan oleh orang
lain.
Dari contoh
ini anda
boleh memahami bahawa, bahaya terbesar bagi seorang Muslim adalah kejahilannya sendiri terhadap ajaran Islam, dan kejahilannya terhadap
apa yang diajarkan oleh
Al-Qur'an
dan
apa
yang diajarkan oleh Rasulullah
SAW tidak punya pengetahuan,
ia pasti akan meraba-raba
saja sepanjang
jalan, dan akan disesatkan oleh dajjal. Tetapi bila ia punya obor pengetahuan, maka ia
akan mampu melihat jalan Islam yang
lurus pada setiap langkah dalam hidupnya, melihat dan menghindari jalan-jalan
kufr,
syirk bid'ah
dan
kehinaan
yang
menghadang
jalannya, dan
bila
seorang
penyesat ditemuinya di tengah jalan, maka setelah bertukar kata sejenak dengannya, ia pasti akan segera sedar bahawa orang yang ditemuinya
itu adalah
seorang
yang jahat dan tidak boleh diikuti.
PENTINGNYA PENGETAHUAN
Saudara-saudara!
Pada pengetahuan
inilah,
yang sekarang
sedang
saya jelaskan pentingnya, tergantung dapat
tidaknya anda dan anak-anak anda menjadi orang-orang
Muslim
dan hidup
sebagai orang-orang Muslim untuk seterusnya. Ini bukanlah hal yang remeh yang boleh anda abaikan. Anda selalu bersikap penuh perhatian dalam mengerjakan sawah ladang anda, mengairi dan melindungi tanaman-tanaman anda, memberi makan ternak anda dan
mengerjakan pekerjaan-
pekerjaan yang menyangkut mata pencarian anda yang lain. Kerana, bila anda tidak bekerja dengan penuh
perhatian,
anda
pasti akan kelaparan
dan
kehilangan sesuatu
yang sangat berharga
bagi anda, yakni
nyawa anda.
Maka,
kenapa
anda tidak bersikap
serius
dan bersungguh-sungguh dalam mencari pengetahuan, yang pada pengetahuan inilah tergantung
dapat tidaknya anda disebut seorang Muslim dan hidup seterusnya sebagai seorang Muslim.
Bukankah bila
anda tidak serius dan bersungguh-sungguh, anda boleh diancam bahaya
kehilangan sesuatu yang
sangat berharga, yakni
iman? Bukankah iman
lebih berharga daripada hidup?
Dari sekian banyak
waktu yang anda habiskan
untuk bekerja
demi hidup anda, tidak dapatkah anda menyisihkan
sepersepuluh daripadanya untuk hal-hal yang dapat
melindungi iman anda? Saya
tidak mengatakan bahawa setiap orang
dari anda
semua harus menjadi seorang 'ulama, membaca kitab-kitab yang tebal dan menghabiskan waktu sepuluh atau belasan tahun untuk usaha tersebut.
Anda tidak perlu membaca kitab yang
tebal-tebal
untuk
menjadi seorang
Muslim. Saya hanya menghendaki
bahawa setiap orang
dari anda
menyediakan waktu satu jam
saja dari dua puluh empat jam
yang anda miliki dalam sehari semalam untuk mempelajari pengetahuan tentang AL-DIN. Itulah waktu paling sedikit yang harus disediakan
oleh setiap orang Muslim, baik pemuda, orang dewasa mahupun yang sudah lanjut usia, untuk mempelajari pengetahuan yang membolehkannya untuk memahami tuntutan ajaran Al-Qur'an
dan tujuan diwahyukannya Al-Qur'an tersebut. Setiap orang Muslim mestilah mengerti benar-
benar risalah yang dibawa oleh Rasulullah
SAW ke dunia ini. la mestilah
mengerti
benar-
benar aturan hidup mana yang mesti ditegakkan
di dunia ini, dan aturan hidup mana yang
wajib dimusnahkan dan diganti. la juga mesti mengenal dengan baik cara hidup khusus yang telah ditetapkan Allah bagi orang-orang
Muslim.
Tidak banyak waktu yang dituntut
untuk
memperoleh pengetahuan yang diperlukan untuk itu. Dan bila iman lebih berharga bagi anda
daripada
segalanya,
maka
tidak
akan
sulit
bagi
anda untuk menyediakan
waktu satu jam setiap hari untuk mempelajari pengetahuan tersebut.
"Lailaha
IllAllah: Manhaj Hidup
Muslim"
Comments
Post a Comment